assalamualaikum


PENGUMUMAN

~ PERTANDINGAN MERENTAS DESA 24 JANUARI 2018 ~

Friday, 5 January 2018

LATIHAN KEBAKARAN SESI MALAM OLEH BALAI BOMBA PULAU PANGKOR

Satu sesi Latihan Kebakaran sesi malam telah diadakan di SMTDRDM oleh Balai Bomba Pulau Pangkor bagi menyiapkan dan mendedahkan kepada para pelajar cara-cara jika menghadapi sebarang kecemasan yang berlaku ketika mereka berada di asrama. Sebelum ini, satu sesi Fire Drill atau Latihan Kebakaran sesi siang telah diadakan juga di sekolah sebagai persiapan bagi menghadapi sebarang kecemasan ketika sesi persekolahan berlangsung. Latihan Kebakaran ini telah dikendalikan oleh Cikgu Mior Abdullah bin Abd Aziz selaku Setiausaha Keselamatan Sekolah.

LATIHAN KEBAKARAN SESI MALAM OLEH BALAI BOMBA PULAU PANGKOR

LADAP BIL 2 2017

Pada 23 November 2017 yang lalu, SMTDRDM telah mengadakan Ladap Bil 2 2017 bertempat di Purnama Beach Resort, Pulau Pangkor. Seramai 33 orang guru dan staf telah menghadiri Ladap ini yang bertajuk Teknik Mengenal Pelajar yang telah disampaikan oleh Coach Jamil bin Wahab yang merupakan Pengasas Utama One Coaching & Theraphy Practional Program.

LADAP BIL 2 2017


MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN BEKAS GURU & STAF SMTDRDM 2017

Pada 24 November 2017 yang lalu, Kelab Guru dan Kakitangan (KGKT) telah mengadakan Majlis Jamuan Perpisahan Bekas Guru & Staf SMTDRDM bagi meraikan para guru dan staf yang telah tamat perkhidmatan mereka di SMTDRDM di atas sumbangan dan jasa mereka sepanjang perkhidmatan mereka. 

Mereka yang diraikan adalah En. Mohamad Zulhilmi bin Mohd Judi, En. Rasidi bin Rahmad, En. A'alaudin bin Tajul Ariffin, Puan Noor Azizah binti Isa, dan Puan Noriah binti Salim. Turut diraikan para guru dan staf yang telah berkahwin dan juga menerima cahayamata. Majlis turut dihadiri oleh En. Azman bin Ariffin, selaku Ahli Jawatankuasa PIBG Sekolah. Semoga ukhwah yang terbina berkekalan hingga ke syurgaNya.

MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN BEKAS GURU & STAF SMTDRDM 2017